Blog

  • “Kecil-kecil Cili Padi”, Pasukan Tiny Techies Malaysia Rangkul 4 Emas Di GRC 2025 Bangkok Pencapaian Luar biasa!

    “Kecil-kecil Cili Padi”, Pasukan Tiny Techies Malaysia Rangkul 4 Emas Di GRC 2025 Bangkok Pencapaian Luar biasa!

    Itulah pasukan Tiny Techies Malaysia yang berpaksikan semangat daya inovasi, semangat kerja berpasukan serta ketekunan di pentas antarabangsa telah merangkul empat emas di Pertandingan Robotik Global (GRC) 2025 di Bangkok dari 30 Oktober hingga 2 November 2025 lalu.

    Pencapaian luar biasa ini adalah daripada kumpulan pelajar yang telah mengharumkan nama negara iaitu Muhammad Afiq Mohd Nazre dan Mohamad Ariff Danial Mohammad Rizal dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Linggiu bagi kategori Senior, manakala kategori Junior diwakili Nur Damia Khalisya Mohd Rizalman dan Deeniya Irdhina Muhammad Sobri dari NADI Felda Gunung Besout 1.

    Mereka masing-masing dibimbing petugas NADI, Nur Fadzlin Maarus dan Suhaila Suliman.

    Pengarah program Tiny Techies, Areehan Abdullah, berkata pasukan itu turut memperoleh satu perak, dua gangsa serta dua kedudukan keempat dalam pelbagai kategori termasuk Sumo Robot dan projek kreatif.

    Beliau berkata, kemenangan itu disumbangkan oleh pelajar sekolah dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Linggiu, Johor dan NADI Felda Gunung Besout, Perak yang mewakili Malaysia ke pertandingan tersebut.

    “Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat ingin belajar, inovasi dan kerja berpasukan mampu membawa generasi muda kita ke peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

    Areehan berkata, Tiny Techies akan terus komited dalam melahirkan pelajar berfikiran kreatif, berdaya saing dan berpengetahuan dalam bidang robotik serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

    Beliau turut berharap kejayaan itu menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk meneroka dunia STEM pada masa hadapan.

    Tiny Techies ialah inisiatif pendidikan digital bersama pusat NADI di seluruh negara bagi memperkasakan pelajar dengan kemahiran STEM, robotik dan pengaturcaraan selain membuka peluang penyertaan ke pertandingan antarabangsa.

    Sementara itu, kepengurusan NADI FELDA Linggui dan NADI Gunung Besout melahirkan kesyukuran di atas kemenangan luar biasa dan semangat konsisten yang ditunjukkan oleh tenaga pengajar yang membimbing pasukan Tiny Techies selama ini.

    “Penguasaan ilmu STEM dan elemen-elemen robotik yang diajar begitu bermakna kepada ahli pasukan yang terdiri dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya.

    Di samping itu, jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menyokong setiap usaha murni bagi memperkasakan pelajar dalam subjek STEM dan robotik terutama pelajar di kawasan FELDA, Orang Asli dan kelompok B40.

    “Tiada yang mustahil dalam mencapai sesuatu kejayaan apatah lagi kejayaan itu datang dari kawasan seperti FELDA di peringkat antarabangsa, sekali gus membuktikan keupayaan pelajar itu sendiri menerusi ilmu yang dipelajari dan panduan daripada tenaga kerja luar biasa Tiny Techies,” katanya.

    Semua peserta telah menunjukkan semangat juang, komitmen dan dedikasi yang tinggisepanjang pertandingan ini. Tidak dilupakan penghargaan kepada petugas NADI, jurulatih, tenaga pengajar dan ibu bapa atas bimbingan serta sokongan yang berterusan.

    Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat ingin belajar, inovasi dan kerja berpasukan mampu membawa generasi muda kita ke peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk terus meneroka dunia sains, teknologi dan robotik pada masa hadapan.

    PENCAPAIAN PASUKAN TINY TECHIES DI GLOBAL ROBOTICS COMPETITIONS 2025 (GRC 2025)

    Keputusan Pencapaian:

    EMAS

    • Sumo Robot 1,000g RC (Junior)

    • Sumo Robot 1,500g RC (Junior)

    • Sumo Robot 1,000g Auto

    • Creative Project (Senior)

    PERAK

    • Sumo Robot 1,000g RC (Junior)

    GANGSA

    • Sumo Robot 1,500g RC (Junior)

    • Creative Project (Junior)

    TEMPAT KE-4

    • Sumo Robot 500g RC (Junior)

    • Sumo Robot 500g Auto (Open)

    Peserta & NADI yang Terlibat:

    NADI FELDA LINGGIU (Senior)

    – Muhammad Afiq Mohd Nazre

    – Mohamad Ariff Danial Mohammad Rizal

    – Petugas NADI: Nur Fadzlin binti Maarus

    NADI FELDA GUNUNG BESOUT 1 (Junior)

    – Nur Damia Khalisya Mohd Rizalman

    – Deeniya Irdhina Muhammad Sobri

    – Petugas NADI: Suhaila binti Suliman

  • Merdeka 118 Terima Anugerah Best Tall Building (Kategori 300-M dan Ke Atas)

    Merdeka 118 Terima Anugerah Best Tall Building (Kategori 300-M dan Ke Atas)

    Menara Merdeka 118 telah diiktiraf secara rasmi sebagai Best Tall Building bagi kategori 300 Meter dan Ke Atas oleh Council on Vertical Urbanism (CVU). Dahulunya dikenali sebagai Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH), CVU merupakan salah satu badan terkemuka dunia dalam bidang pencakar langit dan pembangunan bandar.

    Pengiktirafan ini meraikan keunggulan seni bina, inovasi kejuruteraan serta komitmen Merdeka 118 terhadap kelestarian, sekali gus menandakan detik membanggakan buat Malaysia di pentas global.

    Tersergam megah setinggi 678.9 meter di tengah bandaraya Kuala Lumpur, Merdeka 118 berdiri sebagai bangunan tertinggi di Asia Tenggara dan menara kedua tertinggi di dunia, melambangkan kemajuan serta aspirasi negara.

    “Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan besar buat Malaysia dan semua yang terlibat dalam merealisasikan Merdeka 118. Sejak awal lagi, visi kami bukan sekadar membina sebuah menara ikonik, tetapi membentuk sebuah presint yang menghubungkan komuniti, meraikan warisan, serta menyumbang kepada bandar yang lebih mampan dan inklusif.

    Menara Merdeka 118 mencerminkan semangat kemerdekaan, ketahanan Malaysia, dan keyakinan terhadap masa depan. Kami amat berbangga apabila visi ini diiktiraf di peringkat antarabangsa,” kata Dato’ Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PNBMV).

    Karl Fender, Arkitek Utama di Fender Katsalidis berkata, “Reka bentuk Merdeka 118 bukan sekadar mengenai ketinggian luar biasa, tetapi tentang mencipta sebuah simbol yang menghormati warisan Malaysia sambil meraikan kemajuan masa hadapan.

    Anugerah ini mengukuhkan lagi keyakinan kami bahawa seni bina yang unggul dibina dengan tujuan yang jelas, bagi dinikmati oleh generasi mendatang.”

    Shonn Mills, Pengerusi Council on Vertical Urbanism, berkata, “Merdeka 118 mewakili kemuncak reka bentuk bersepadu, iaitu sebuah projek yang menggabungkan ketelitian teknikal, penceritaan budaya dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Ia menjadi contoh bagaimana bangunan tinggi mampu menjadi pemangkin kepada pembaharuan bandar sambil mencerminkan identiti serta aspirasi sesebuah negara.”

    Anugerah ini telah disampaikan semasa Majlis Anugerah CVU 2025 yang berlangsung di Toronto, Kanada, bagi meraikan kecemerlangan seni bina bangunan tinggi dan reka bentuk bandar di seluruh dunia. Merdeka 118 turut diiktiraf bersama pembangunan global lain atas kepimpinannya dalam reka bentuk, inovasi, dan sumbangan terhadap pembangunan bandar yang mampan.

    Dibangunkan oleh PNB Merdeka Ventures, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Menara Merdeka 118 merupakan komponen utama kepada presint Merdeka 118, pembangunan pelbagai guna yang berteraskan dua stadium bersejarah, ruang komuniti, serta reka bentuk yang menekankan kelestarian.

    Komponen utama seperti Stadium Merdeka dan 118 Mall yang bakal dilancarkan kelak diilhamkan sebagai destinasi inklusif untuk orang awam. Usaha ini turut disokong oleh inisiatif berasaskan komuniti seperti Program Penambahbaikan Ruang Awam Merdeka 118 dan Program Geran Komuniti Merdeka 118, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Warisan KL bagi memperbaharui kawasan sekitar serta mengukuhkan hubungan komuniti di bandar.

  • Suria Park Perkukuh Legasi IJM Land Di Puncak Alam

    Suria Park Perkukuh Legasi IJM Land Di Puncak Alam

    Taman seluas 4.42 ekar bernilai RM3 juta menetapkan penanda aras baharu dalam membina komuniti sejahtera dan saling berhubung di Suria Hill.

    Sebagai pelopor pembangunan di Bandar Puncak Alam, IJM Land telah lama menjadi tunjang perkembangan progresif dalam transformasi kawasan ini.

    Dari pembinaan kediaman pertama hingga pembentukan infrastruktur dan kemudahan utama, IJM Land kekal antara pelabur terawal yang membentuk asas kukuh komuniti setempat sebelum Puncak Alam diiktiraf sebagai salah satu koridor pertumbuhan utama di Lembah Klang.

    Meneruskan visi pembentukan komuniti sejahtera, IJM Land memperkenalkan Suria Park sebagai mercu tanda hijau yang melambangkan komitmen syarikat dalam membina kediaman sambil membentuk perbandaran menyeluruh berasaskan kesejahteraan, keterangkuman dan kelestarian.

    Sempena pelancaran tersebut, IJM Land turut menganjurkan Program Penanaman Pokok yang menyatukan penduduk, pemimpin komuniti serta rakan strategik untuk menanam pokok sebagai simbol pertumbuhan, perpaduan dan kelestarian bagi generasi akan datang.

    SANTUARI BERINSPIRASIKAN MENTARI

    Direka oleh HODA Design, landskap Suria Park berinspirasikan Suria, simbol tenaga, kehangatan dan pembaharuan dengan pelaburan bernilai RM3 juta di atas tanah seluas 4.42 ekar.

    Setiap elemen disusun dengan teliti, daripada pokok renek berwarna-warni hingga pepohon tahan lasak yang mencipta keseimbangan antara keindahan dan keteguhan. Bagi menstabilkan cerun, spesies berakar dalam dipilih bagi mengukuhkan tanah, manakala pokok berbunga memperkayakan suasana dengan warna bermusim yang sentiasa berubah.

    Direka dengan pendekatan lestari, taman ini turut menggunakan sistem saliran semula jadi serta bahan mesra alam bagi memastikan kelangsungan dan daya tahan ruang hijau ini untuk komuniti masa depan.

    Direka sebagai ruang rekreasi inklusif untuk semua peringkat umur, Suria Park menampilkan pelbagai kemudahan bagi memenuhi gaya hidup aktif dan santai komuniti.

    Trek joging sepanjang 400 meter serta laluan mendaki sejauh 250 meter disediakan untuk penggemar aktiviti luar, manakala dua gelanggang serba guna memberi ruang kepada sukan seperti bola keranjang, futsal, badminton, pickleball dan sepak takraw.

    Untuk kanak‑kanak, taman papan luncur (skate park) dan dinding panjat (wall climbing) menambah elemen keseronokan, di samping Taman Permainan Kanak‑Kanak Suria yang menjadi tumpuan keluarga.

    Bagi pencinta haiwan, Taman Kucing khas turut disediakan, melengkapkan suasana mesra komuniti. Kemudahan seperti stesen kecergasan luar, dua Gazebo Suria, ruang rehat berbumbung serta tempat letak kereta memastikan pengalaman riadah yang selesa, seimbang dan menyeronokkan untuk seisi keluarga.

  • INSPIRED BY ART, DESIGNED FOR LIFE

    INSPIRED BY ART, DESIGNED FOR LIFE

    Great cities are remembered for places that carry meaning. In KL Duta North, TuJu Residences and Retail rises with this vision. Its bold design, inspired by the abstract works of Piet Mondrian, transforms the language of art into architecture for life.

    Every line and every colour accent reflects balance, while every home carries the promise of belonging across generations. Mondrian’s art sought harmony within contrast and beauty within structure.

    TuJu translates this inspiration into living spaces that are striking yet deeply practical. The façade becomes a symbol of balance, while inside, the homes are crafted to evolve with the changing needs of modern families.

    Every residence becomes like a brushstroke, unique yet essential to the larger composition. Together, they form a neighbourhood where families, children, and seniors grow side by side in rhythm.

    SPACES THAT EVOLVE WITH LIFE

    With a Gross Development Value of RM750 million, TuJu Residences spans 4.52 acres and introduces 932 residences together with 38 retail units. Homes range from 710 to 1,442 square feet, across 10 layouts offering one to four bedrooms.

    The smaller units serve as personal retreats for young professionals. Mid-sized layouts are shaped for couples and families beginning their journey together. The larger residences create havens for multigenerational living where children, parents, and grandparents can share one roof while still enjoying comfort and privacy.

    Flexible non structural walls allow interiors to be reconfigured as families expand, and selected layouts come with senior-friendly features such as wheelchair accessible bathrooms and discreet panic buttons in shared areas.

    Child-friendly play zones and communal spaces provide safe environments for young families.

    “At TuJu, multigenerational living is a guiding principle,” said Monica Lai, Executive Director of Distinctive World Sdn Bhd. “We envisioned spaces that adapt across time, homes where young professionals can begin their journey, families can grow with confidence, and seniors can enjoy their golden years with dignity.

    “Every design decision, from layouts to facilities, was made with the intention of supporting life’s many chapters under one roof.”

    WELLNESS, SUSTAINABILITY AND CONNECTION

    TuJu delivers a lifestyle vision anchored by over 50 facilities across three levels. Residents can enjoy a 50-metre infinity lap pool, sky dining terraces, theatre and computer lounges, reading rooms, and game spaces.

    The Annexe Block expands these possibilities with a workout terrace, basketball and badminton/pickleball courts, and a multipurpose hall for larger gatherings. These amenities enrich daily life while strengthening long-term value for those seeking homes that support both comfort and community.

    Every facility is thoughtfully planned as an extension of the home, reflecting the growing demand for holistic living. Safe play areas for children, accessible pathways for seniors, and curated spaces for families and professionals position TuJu as a future-ready address that evolves with lifestyle needs.

    Balcony ledges and glazing are seamlessly integrated into the building’s facade, with wall placement and orientation designed to encourage passive ventilation and effective heat management, creating both elegant lines and sustainable comfort.

    Landscaped greenery and water features improve environmental quality, while rainwater harvesting, solar-ready infrastructure, and EV charger-ready provisions at residential car park bays encourage cleaner ways of living.

    Strategically located off Jalan Kuching, TuJu benefits from seamless connectivity to Kuala Lumpur’s major arteries, including DUKE, SPRINT, NKVE, Penchala Link, Kerinchi Link, and LDP.

    A complimentary shuttle service connects residents directly to Publika Shopping Gallery, MRT Titiwangsa, and MITEC, ensuring both convenience and investment appeal.

    A HOME FOR ALL GENERATIONS

    TuJu is envisioned as a neighbourhood that grows with its people. It celebrates the values of care, adaptability, and belonging by shaping a community where no generation is left behind.

    Children can thrive in safe play areas, young families can enjoy spaces that strengthen daily routines, and seniors can live with dignity in an environment designed for comfort and ease.

    Every element of TuJu reflects the belief that a home should be a place of support, balance, and shared joy.

    “TuJu Residences creates a community that reflects the richness of diversity,” said Lim Ech Chan, CEO and Executive Director of Distinctive World Sdn Bhd. “Families of different sizes and generations can live side by side, supported by spaces that inspire confidence, pride, and a true sense of belonging.”

    TuJu carries a clear promise. Inspired by Art, Designed for Life. It stands as a landmark that combines creativity with purpose, giving Kuala Lumpur a new address where design becomes lifestyle and multigenerational living becomes a lasting value.

  • NADI Mahir Cetus Bakat Dan Penghargaan Melalui Pertandingan Akhir “Cooking Star” Peringkat Kebangsaan

    NADI Mahir Cetus Bakat Dan Penghargaan Melalui Pertandingan Akhir “Cooking Star” Peringkat Kebangsaan

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus komited memperkasa komuniti melalui penganjuran Pertandingan Akhir Mahir Masak Peringkat Kebangsaan “Cooking Star” bagi pengambilan pertama (2024/2025) yang berlangsung di IPTSkills TVET College, Mutiara Damansara hari ini.

    Program ini merupakan sebahagian daripada program Perkhidmatan Pintar NADI di bawah teras Pembelajaran Sepanjang Hayat, yang bertujuan mencungkil bakat baharu dalam bidang kemahiran dan membuka peluang peningkatan sosioekonomi kepada ahli NADI di seluruh negara.

    Sebanyak 201 permohonan diterima, dan selepas beberapa peringkat saringan di peringkat negeri, 10 finalis terbaik telah dipilih untuk berentap di peringkat akhir kebangsaan.

    Majlis penyampaian hadiah dan penghargaan yang diadakan di Royale Chulan Damansara pada sesi petang turut meraikan peserta Mahir Masak Ahmad Salimie, pemenang Pingat Gangsa (Bronze Medal) dalam Culinary World Cup yang berlangsung di Ipoh, Perak; Alumni Mahir Foto, yang menjuarai Malaysia Unity Short Film Festival; serta Alumni Mahir Pertanian Pintar, iaitu Jeffree Sharizal Abd Aziz dan Lee Xian Yu dari Pulau Tioman, serta Azizah Mohd Isa dari Kedah, yang berjaya memperkasa perusahaan tani masing-masing melalui penggunaan teknologi digital dan peranti IoT.

    Dalam majlis yang sama, NADI Mahir turut memperkenalkan dua projek baharu di bawah jenama LOCCA dan RASSAR, masing-masing bagi penghasilan Uniform Sekolah Perempuan dan Biskut Cookies.

    Melalui inisiatif ini, alumni program Mahir Jahit dan Mahir Masak dari seluruh negara diberi peluang menjana pendapatan dengan bekerja di Bengkel NADI Jahit dan Bengkel NADI Masak yang dikendalikan di bawah program tersebut.

    Projek ini menjadi titik permulaan kepada pembangunan industri desa berasaskan kemahiran tempatan, sekali gus memperkukuh ekonomi komuniti luar bandar. Inisiatif ini turut membuktikan keberkesanan program Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam membuka peluang baharu, memperkasa masyarakat, dan meningkatkan taraf hidup rakyat di peringkat akar umbi.

    Turut hadir Ketua Pejabat NADI MCMC, Dr. Mohd Arif Adenan;, Pengerusi Kumpulan Syarikat MSD Alliance, Tan Sri Halim Shafie; Mohd Fuad Romeli; Datuk Wan Roslee Wan Yusof; Amrul Halim Gan Abdullah; wakil DUSP yang terdiri dari TM Tech, Maxis, CelcomDigi dan RedTone, wakil-wakil Technology Partners (TP), rakan strategik dan kolaborasi, pakar industri serta Alumni Mahir dari seluruh negara.

  • Majestic Yu, Kediaman Hak Milik Kekal Majestic Gen di Seremban

    Majestic Yu, Kediaman Hak Milik Kekal Majestic Gen di Seremban

    Seremban kini melangkah ke fasa pertumbuhan baharu, dari sebuah bandar yang tenang kepada destinasi pesat berkembang, sarat dengan infrastruktur moden, perdagangan yang rancak serta jaringan perhubungan yang semakin kukuh. Pendorong utama inilah yang membuatkan keluarga dan profesional tertarik ke sini, mencari ruang lebih luas, nilai lebih baik, dan akses yang sukar ditandingi Lembah Klang.

    Majestic Yu, karya eksklusif Majestic Gen, membawa nafas baharu kepada Seremban sebagai kediaman berstatus hak milik kekal yang dicipta untuk keluarga merentasi generasi. Sejak pra-pelancaran pada Jun 2025, pembangunan ini mendapat sambutan luar biasa dengan kadar tempahan mencecah 80 peratus, satu pencapaian yang menggambarkan permintaan tinggi terhadap kediaman bertanah yang berkualiti.

    Daya tarikannya terserlah apabila keluarga setempat, golongan muda, dan penduduk dari Kuala Lumpur Selatan memilih Seremban sebagai destinasi baharu untuk ruang lebih luas dan nilai yang lebih baik.

    “Pencapaian kukuh sejak pra-pelancaran membuktikan bahawa keluarga hari ini bukan sahaja mahukan kediaman yang cantik, malah praktikal dan berbaloi untuk masa depan,” kata Datuk Hoo Kim See, Ketua Pegawai Eksekutif Majestic Gen.

    “Dengan perancangan rapi, Majestic Yu tampil sebagai kediaman idaman, seiring dengan simbol transformasi Seremban sebagai bandar pilihan baharu.” Di sebalik nama Yu, tersirat makna berganda. Berasal daripada Yu yang diinspirasikan oleh Ikan Yu, sementara dalam bahasa Cina, ‘Yu’ merujuk kepada 玉 (jed), simbol kesucian serta nilai berkekalan.

    Reka Bentuk Moden, Nilai Berpanjangan

    Di atas tanah seluas 9.3 ekar dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) bernilai RM71.1 juta, Majestic Yu menampilkan 106 unit kediaman eksklusif merangkumi teres dua tingkat, rumah berkembar, dan teres setingkat di mana setiap unit direka teliti dengan menitikberatkan keseimbangan antara ruang serta praktikaliti, sambil menawarkan keluasan
    tanah serta binaan yang kian jarang didapati dalam pasaran semasa.

    Majestic Yu menawarkan variasi kediaman yang memenuhi pelbagai segmen. Teres dua tingkat tersedia dalam lot 22’ x 75’ (2,341–2,419 kaki persegi) dan lot 24’ x 75’ (2,517–2,707 kaki persegi). Untuk yang mahukan ruang lebih luas, rumah berkembar di atas lot 40’ x 85’ dengan keluasan 2,966 kaki persegi tampil eksklusif dengan pelan lantai lapang dan halaman hadapan yang besar.

    Sementara itu, teres setingkat di atas lot 20’ x 65’ berkeluasan 1,089–1,143 kaki persegi menjadi pilihan ideal buat keluarga muda atau pemilik rumah pertama. Teres setingkat ditawarkan pada harga bermula serendah RM250,000, manakala unit lebih besar ditawarkan daripada RM751,000, tawaran nilai yang menakjubkan untuk lokasi strategik, saiz tanah serta
    status hak milik kekalnya.

    Majestic Yu mengangkat seni bina kontemporari moden melalui garisan minimalis, susun atur terbuka dan nisbah seimbang. Kecerunan semula jadi tanah dimanfaatkan untuk membentu kejiranan dengan variasi bumbung serta aras, sekali gus memperkayakan karakter landskap jalan.

    Pintu masuk dan tingkap luas membolehkan cahaya semula jadi dan pengudaraan masuk, mewujudkan ruang dalaman yang terang dan selesa. Elemen terperinci seperti pintu masuk setinggi 8 kaki, pintu gelangsar balkoni, ruang keluarga di tingkat atas dan anjung kereta berkapasiti dua kenderaan menambah fungsi. Dengan inspirasi minimalisme moden, kediaman
    ini memenuhi citarasa kontemporari sambil mengekalkan nilai estetika jangka panjang, menjadikannya praktikal, elegan dan sesuai untuk kehidupan pelbagai generasi.

  • Gen Rise : Menyerlah Di Puncak Kegemilangan

    Gen Rise : Menyerlah Di Puncak Kegemilangan

    Terjual sepenuhnya sejak dilancarkan – Majestic Gen tonjol era baharu kehidupan bandar Johor Bahru, yang terkenal sebagai pintu utama Malaysia ke Singapura, melalui transformasi ekonomi progresif dengan populasi bandar yang semakin pesat berkembang.

    Kemajuan pembangunan infrastruktur yang luar biasa, dan jaringan hubungan antarabangsa yang kukuh telah menyaksikan bandar ini semakin teguh menempatkan dirinya sebagai hab utama yang berpotensi tinggi di Asia Tenggara.

    Di tengah-tengah perubahan yang memacu kemodenan ini, berdiri megah Gen Rise – sebuah pembangunan kediaman bercampur perdana dan apartmen servis berstatus pegangan bebas, yang terhasil menerusi inovasi Majestic Gen.

    Konsep íni bukan sekadar pembangunan hartanah, tetapi visi untuk menakrif semula gaya hidup moden di sebuah bandar yang menjadi ikon kemajuan Malaysia. Dibangunkan di kawasan seluas 1.14 ekar dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) yang mencecah RM563 juta, Gen Rise berdiri megah sebagai simbol aspirasi komuniti masa hadapan.

    Dilancarkan secara rasmi pada Januari 2025, Gen Rise mencatat kejayaan luar biasa apabila habis terjual sepenuhnya, membuktikan tahap keyakinan tinggi pembeli terhadap projek ikonik yang menggabungkan lokasi premium, gaya hidup bandar dan seni bina unggul.

    Bangunan ikonik setinggi 47 tingkat ini bukan sahaja memanfaatkan lokasi strategiknya di tengah-tengah bandar, malah menyerlah dengan reka bentuk kontemporari yang menggabungkan inovasi dengan ciri-ciri gaya hidup holistik yang inovatif. Direka sebagai mercu tanda moden, pembangunan ini merangkumkan visi kehidupan bandar yang dinamik, progresif, dan penuh inspirasi.

    Hasilnya adalah sebuah struktur yang mempesona, berdiri megah di latar langit Johor Bahru, mencerminkan transformasi pesat bandar ini menuju status hab metropolitan yang dinamik.

    Pembangunan yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup moden ini menawarkan 732 unit kediaman dengan keluasan antara 497 hingga 1,930 kaki persegi, pada harga bermula RM563,000.

  • S P Setia Lancar Elysian, Koleksi Terhad Rumah Banglo & Berkembar Mewah di Kajang

    S P Setia Lancar Elysian, Koleksi Terhad Rumah Banglo & Berkembar Mewah di Kajang

    S P Setia sekali lagi menjadi tumpuan dengan pelancaran Elysian, projek kediaman mewah pegangan bebas yang terhad kepada hanya 40 unit sahaja, terletak di perbandaran Setia Alamsari, Kajang.

    Kediaman eksklusif ini kini dibuka untuk jualan dengan harga bermula daripada RM1.63 juta.

    Terletak di kawasan perbandaran bersepadu seluas 775 ekar yang meraih pelbagai anugerah dan dibangunkan oleh S P Setia, Elysian menawarkan kediaman premier berkepadatan rendah untuk pemilik rumah yang mengutamakan keselesaan, privasi, eksklusiviti dan gaya hidup tenang yang menggabungkan kedamaian alam semula jadi dengan kemudahan moden.

    Pembangunan baru ini menawarkan pemandangan serba menghijau yang subur serta menerapkan konsep e-Green Living yang mengandungi elemen-elemen seperti panel solar, sistem kunci pintar, pengecasan EV, sistem penuaian air hujan, dan sistem rumah pintar.

    Ia dihubungkan dengan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya KL-Seremban, Lebuhraya Kajang-Seremban dan Lebuhraya Kajang-SILK, serta akses ke plaza tol Bangi dan Putra Mahkota.

    Elysian turut dikelilingi pelbagai kemudahan seperti Danau Golf Club, Bangi Golf Club, Taman Tasik Cempaka, Bangi Wonderland Themepark and Resort, Stadium Kompleks Sukan Seksyen 15, Stadium Kajang, institusi pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), German Malaysian Institute, SMK Bandar Baru Bangi, Rafflesia International School, Greenview Islamic School dan lain-lain.

    Di kawasan perbandaran Setia Alamsari sendiri, terdapat Hab Komersial Emporia yang baru disiapkan dan Masjid Baiturrahman Alam Sari yang bakal dibuka tidak lama lagi.

    Pengurus Besar Bahagian Setia Alamsari, Koh Sooi Meng berkata, Elysian menyerlah di pasaran hartanah Kajang sebagai salah satu cadangan hartanah (landed) yang paling menarik, sesuai untuk pembeli yang bersedia membuat keputusan pintar mereka seterusnya.

    “Di S P Setia, kami bukan sekadar membina rumah, kami membentuk komuniti untuk keluarga berkembang dan berjaya. Elysian mencerminkan visi teras kami untuk menyediakan kediaman yang berkualiti tinggi dan mampan di perbandaran yang mempunyai jaringan hubungan yang baik.

    “Dengan pelancaran yang kini dibuka untuk jualan, kami mengalu-alukan pembeli yang tahu menilai dan membuat keputusan bijak untuk memiliki sebuah kediaman yang benar-benar memberi ketenangan dan nilai jangka panjang,” katanya.

    Pelancaran Elysian terdiri daripada 18-unit banglo dan 22 unit rumah berkembar, setiap satu direka dengan teliti dari segi keluasan, fungsi dan rekaan estetika. Ia menggabungkan elemen Nusantara tradisional dengan sentuhan moden kontemporari.

    Rekaannya memaksimumkan tarikan semula jadi di kawasan tersebut dan pada masa yang sama menggabungkan ciri-ciri dalaman untuk unit yang lain, dengan dua pendekatan berbeza – mengukuhkan hubungan dengan alam semula jadi melalui taman tepi air dan taman hadapan, serta mewujudkan ruang teduh yang tenang dengan taman dalaman.

    Pembangunan ini mempunyai dua jenis rekaan. Unit Jenis D berkeluasan lot 53 kaki x 110 kaki, dengan kawasan binaan bermula daripada 3,222 kaki persegi, harga bermula daripada RM2.18 juta sebelum rebat.

    Banglo Jenis E berkeluasan lebih besar dengan lot 60 kaki x 100 kaki dan kawasan binaan bermula daripada 3,295 kaki persegi, dengan harga bermula RM2.26 juta.

    Untuk rumah berkembar, unit Jenis C dan D berukuran 40 kaki x 80 kaki, dengan binaan bermula daripada 2,946 kaki persegi dan harga bermula RM1.63 juta.  Terdapat juga unit berkembar Jenis E yang menawarkan kawasan yang lebih luas iaitu 52 kaki x 80 kaki dan kawasan binaan bermula daripada 3,159 kaki persegi, berharga RM2.02 juta.

    Keistimewaan Elysian bukan sekadar rekaan seni binanya, tetapi pada gaya hidup yang ditawarkan. Bayangkan penghuninya bangun pagi menghadap pemandangan tasik yang indah seluas 7.7 ekar, dengan akses ke taman-taman landskap, laluan joging tiga jalur dan kawasan hijau yang luas direka untuk memberi ketenangan dan mencetus inspirasi.

    Di tengahnya pula, terletak The Lawn, sebuah taman peribadi santai eksklusif yang mendamaikan untuk penghuni, sesuai untuk berjalan di waktu pagi, piknik di hujung minggu atau meluangkan saat indah bersama keluarga tersayang.

    Untuk maklumat lanjut mengenai Elysian, hubungi kakitangan jualan di talian 0111 2894651 Joanna atau kunjungi Setia Alamsari Welcome Centre di Kajang.

  • Signature Malaysia Lancar Pameran Rumah & Gaya Hidup Terbesar

    Signature Malaysia Lancar Pameran Rumah & Gaya Hidup Terbesar

    Signature Malaysia, peneraju dalam penyediaan kelengkapan dan rekaan kediaman serta gaya hidup, hari ini secara rasmi melancarkan Signature HomeFest 2025, satu kempen gaya hidup selama tujuh minggu yang menyasarkan pemilik rumah di seluruh negara.

    Majlis pelancaran yang diadakan di Signature Malaysia Flagship Store di Kota Damansara itu turut menandakan permulaan usaha Signature Malaysia untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi Kempen Pameran Rumah dan Gaya Hidup Terbesar pernah diadakan di Malaysia.

    Pada majlis tersebut, Amelia Henderson turut diperkenalkan sebagai Duta Jenama Signature Malaysia manakala Datuk Chef Wan diumumkan sebagai Cef Selebriti Signature Malaysia. Kedua-dua personaliti ini akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi jenama tersebut.

    Selain itu, Signature Malaysia turut memperkenalkan konsep rekaan terbaharunya, Soft Minima, iaitu pendekatan minimalis yang tenang dan elegan, sekali gus mencerminkan arah aliran baharu dalam falsafah rekaan jenama ini.

    Signature Malaysia Flagship Store juga bakal menampilkan zon-zon jenama terkurasi oleh CrownLivin, Baagus, Floor+, dan Rubine, selain pameran daripada lebih 100 jenama rumah dan gaya hidup yang menawarkan pengalaman transformasi kediaman yang menyeluruh dan menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature International Berhad, KS Lau berkata, “Signature HomeFest 2025 bukan sekadar sebuah kempen, tetapi merupakan cara kami berkongsi nilai rekaan Signature Malaysia dengan rakyat Malaysia.

    Sebagai peneraju dalam penyediaan kelengkapan dan rekaan kediaman yang menyeluruh, kami mahu menjadi rakan sepanjang perjalanan membina kediaman pelanggan, bukan hanya dengan menawarkan produk berkualiti, tetapi juga mencipta pengalaman, menyediakan panduan pakar, serta memperkenalkan konsep rekaan yang mencerminkan cara hidup masa kini.”

    Beliau turut menjelaskan bagaimana visi ini direalisasikan melalui falsafah reka bentuk terkini jenama tersebut, “Konsep baharu kami, Soft Minima, bukan hanya bermaksud kesederhanaan, tetapi tentang menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

    Signature HomeFest 2025 akan berlangsung setiap hujung minggu dari 4 Jun hingga 20 Julai 2025 di bilik pameran Signature Malaysia di seluruh negara, dengan hab pameran utama di Johor, Lembah Klang, dan Ipoh.

    Selaras dengan usaha kerjasama Signature Malaysia, promosi istimewa telah disediakan khas untuk pelanggan setia Astro dan pemegang kad RHB sepanjang HomeFest 2025:
    ● Eksklusif Astro:
    – Baucar Rumah & Gaya Hidup bernilai RM500, sebagai tambahan kepada promosi HomeFest yang sedang berlangsung.
    ● Eksklusif RHB:
    – Nikmati diskaun tambahan sebanyak 5% untuk semua pemegang kad Bank RHB
    – Pemegang kad RHB juga berpeluang memenangi Cabutan Bertuah Ubah Suai Rumah Signature bernilai RM10,000

    Kedua-dua tawaran ini sah dengan perbelanjaan minimum RM10,000 untuk kabinet bina dalam atau perabot rumah yang ditempah khas (termasuk kabinet dapur, almari pakaian, kabinet TV, sofa, meja makan, dan tilam). Tertakluk kepada terma dan syarat. Tawaran ini sah di seluruh negara dari 4 Jun hingga 20 Julai 2025.

  • Village Grocer Melebarkan Sayapnya di Myra Park, Nilai

    Village Grocer Melebarkan Sayapnya di Myra Park, Nilai

    Village Grocer secara rasminya membuka cawangan pasar rayanya yang ke-33, bertempat di kawasan pinggir bandar Myra Park, Nilai. Lokasi baharu ini menawarkan masyarakat setempat dengan ketenangan suasana kehijauan yang damai.

    Nilai adalah sebuah lagi lokasi yang menandakan suatu pencapaian bagi Village Grocer, dengan mengukuhkan lagi jenamanya dan membekalkan barangan runcit premium khususnya kepada komuniti di luar Lembah Klang.

    Terletak secara strategik di kawasan perumahan Myra Park Marketplace di Nilai, lokasi baharu Village Grocer ini akan menjadi destinasi sehenti bagi pelanggan yang mencari produk-produk segar, daging berkualiti tinggi, pastri artisan, dan pelbagai pilihan istimewa gourmet.

    “Di Myra Park, kami memfokuskan untuk meningkatkan gaya hidup harian melalui ruang yang direka khas dan kemudahan yang selesa. Myra Park Marketplace akan memainkan peranan penting bagi mewujudkan suasana seperti di bandar terutamanya untuk para penduduk dan pengunjung,” kata Kim Lin Teng, Ketua Pegawai Eksekutif CHJ Property.